Pertandingan kecantikan Carla_Yules

Miss Indonesia 2020

Carla menyertai pertandingan Miss Indonesia 2020 mewakili provinsi Sulawesi Selatan bersama 33 peserta lain dari seluruh Indonesia. Malam Akhir telah diadakan di Studio RCTI+, pada hari Khamis, 20 Februari 2020. Di penghujung acara, Carla berjaya menjadi pemenang dan dinobatkan oleh pendahulunya, Miss Indonesia 2019, Princess Megonondo dari Jambi.[6]

Dalam 5 teratas, Carla diberikan soalan yang diberikan secara langsung oleh Ketua Juri Miss Indonesia, Liliana Tanoesoedibjo yang juga merupakan Chairwoman Miss Indonesia, yang berbunyi kurang lebih:[7]

“Pengetahuan akan memberi Anda kekuatan, tetapi karakter akan memberi Anda rasa hormat, dapatkah Anda menguraikan kalimat ini?,”

Dengan soalan ini, beliau dengan lancar menjawab bahawa sesungguhnya dengan menjadi seorang yang mempunyai banyak ilmu jadikan orang itu boleh menjadi seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat dan melakukan banyak perkara di dunia ini.

“Jika Anda memiliki pengetahuan, Anda dapat melakukan banyak hal dalam hidup. Pengetahuan membuat Anda kuat, tetapi memiliki hati yang baik adalah dasar untuk memberi Anda kehidupan, dan oleh karena itu dan jika Anda memiliki hati yang baik, itu adalah manusia paling kuat yang dapat Anda capai,”[7]

Bagi Carla Yules, watak kekal sebagai nilai terpenting dalam seseorang manusia. Kerana, dengan perwatakan diri dan hati nurani yang baik, maka itulah asas terbaik yang boleh menjadikan seseorang insan yang paling kuat.

Miss World 2021

Sebagai pemenang Miss Indonesia 2020, dia berhak bertanding mewakili Indonesia dalam pertandingan antarabangsa, iaitu Miss World 2021. Pertandingan Miss World 2021 asalnya akan diadakan pada tahun 2020 tetapi disebabkan pandemik COVID-19, acara itu ditangguhkan ke 2021.[8]

Pertandingan Miss World 2021 berlangsung pada Desember 2021 di José Miguel Agrelot Coliseum, San Juan, Puerto Rico. Di akhir acara Miss World 2019, Toni-Ann Singh dari Jamaika akan memahkotai penerusnya.[9][10]

Rujukan

WikiPedia: Carla_Yules http://www.missindonesia.co.id https://www.caribbeanlifenews.com/jamaicas-miss-wo... https://elshinta.com/news/200219/2020/02/21/sosok-... https://www.instagram.com/carlayules/ https://www.instagram.com/p/CN2FveNJWMn/?utm_mediu... https://www.missworld.com/#/news/2163 https://www.msn.com/id-id/gayahidup/lifestylewomen... https://lifestyle.sindonews.com/berita/1533541/186... https://lifestyle.sindonews.com/read/1533172/186/c... https://celebesmedia.id/hiburan/artikel/1003210220...